Wednesday, 2 July 2025

Join Idham's family group?

Idham Effendi wants you to join his family group

budakklebang.klebang@blogger.com

Hi null,

You can join Idham's (blogidamancyber@gmail.com) family group to connect with your family on Google and share the apps and services that are right for you.

Anyone who joins a family group can see the name, email, and profile picture of current group members.

Bring your family together on Google

Set digital ground rules for kids

Help guide children and teens online with Family Link's parental control features

Keep everyone on track

Stay organized at work and at home with a shared family calendar

Share entertainment

Subscribe to YouTube Premium and share a membership with the whole family

Connect with your family

Keep in touch using Google Assistant's Tell my family, location sharing, and photo sharing features

Get more storage

Google One members can give family group members their own space to store personal files, emails, and photos

Share apps & purchases

Share hundreds of games and apps as a family with Play Family Library at no additional cost

You received this mandatory email service announcement to update you about important changes to your Google product or account.©2025 Google LLC, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, USA

Sunday, 29 June 2025

Join Idham's family group?

Idham Effendi wants you to join his family group

budakklebang.klebang@blogger.com

Hi null,

You can join Idham's (blogidamancyber@gmail.com) family group to connect with your family on Google and share the apps and services that are right for you.

Anyone who joins a family group can see the name, email, and profile picture of current group members.

Bring your family together on Google

Set digital ground rules for kids

Help guide children and teens online with Family Link's parental control features

Keep everyone on track

Stay organized at work and at home with a shared family calendar

Share entertainment

Subscribe to YouTube Premium and share a membership with the whole family

Connect with your family

Keep in touch using Google Assistant's Tell my family, location sharing, and photo sharing features

Get more storage

Google One members can give family group members their own space to store personal files, emails, and photos

Share apps & purchases

Share hundreds of games and apps as a family with Play Family Library at no additional cost

You received this mandatory email service announcement to update you about important changes to your Google product or account.©2025 Google LLC, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, USA

Tuesday, 29 January 2013

Lelaki Berani Mati

#Hidup hanya sekali, so enjoy! Info dari gambar, lelaki ini inginkan kepuasan diri, so apa dia buat?






Friday, 25 January 2013

Dilarang!! Mengambil gambar Makanan Di Restoran


  • detail berita
 

Gemar mengambil foto makanan saat sedang di restoran? Rupanya hal ini tidak selamanya 'dihalalkan' oleh pemilik tempat makan. Karena tak jarang, aksi yang bagi sebagian orang dirasa mengasyikkan ini, dianggap menganggu pelanggan lain. Sejumlah chef dan pekerja restoran pun tak pelak ikut dibuat geram. Akhirnya, larangan memakai flash hingga larangan menagambil gambar makanan diadakan.

New York Times melaporkan, beberapa restoran high-end di New York telah menerapkan peraturan itu. Adapun larangan tersebut antara lain berlaku di Per Se, Le Bernardin dan Fat Duck.

Begitu juga dengan Momofuku Ko, di mana chefnya berani menegur pelanggan yang di dapati dengan mengambil iPhone untuk mengambil gambar tatkala makanan disajikan.

"Saya benar-benar malu," ungkap seorang gadis berusia 12 tahun yang tak lain adalah si pengunjung restoran yang ditegur oleh David Chang, sang chef.

Chang bukanlah satu-satunya chef yang berani bertindak tegas. Moe Issa, pemilik Chef's Table di Brooklyn Fare mengatakan ia melarang fotografi setelah beberapa bulan membuka restorannya.

"Kami menjelaskan bahwa ini adalah meja besar dan kami ingin orang-orang di sekitar Anda menikmati makanan mereka. Mereka bayar mahal untuk makanan. Hal ini juga menjadi gangguan bagi para chef," tegasnya seperti dilansir dari NYTimes, Jumat (25/1/2013).

Senada dengan dua chef di atas, David Bouley yang sudah ada di bisnis restoran selama 16 tahun turut menegaskan bahwa 'table photography' dinilainya merosak ambience.

Namun Bouley masih bermurah hati. Ia pun malah mengajak pengunjung masuk ke dapurnya untuk mengambil gambar makanan dengan pengalaman yang berbeza.

‘Gangnam Style’ Raih RM24.3 Juta Untuk Pengiklanan Di Youtube

Google dalam satu kenyataan rasmi semalam menyebut yang video Gangnam Style di laman Youtube telah menjana pendapatan US$8 juta (RM24.3 juta) melalui pengiklanan. 

Pendapatan besar daripada pengiklanan sejak Julai 2012 itu dikongsi dengan pencipta fenomena Gangnam Style ini. 

Video Gangnam Style oleh PSY seperti anda tahu berjaya mencipta fenomena di seluruh dunia sehingga menjadi yang pertama mencecah tontonan melebihi 1 billion — mengalahkan pesaing, Justin Bieber. 

Ketua Pegawai Perniagaan Google, Nikesh Arora mendedahkan angka itu ketika membincangkan potensi pendapatan YouTube untuk suku pertama tahun ini bersama penganalisis kewangan. 

Zizan Anggap Johan Seperti Adik Beradik

Melihat gelagat Zizan dan Johan apabila digandingkan bersama pasti akan menghadirkan satu momentum lucu buat yang menonton dan saat itu tiada siapa dapat menafikan kuasa lawak yang ditonjolkan oleh mereka berdua menerusi gandingan JOZAN.


Jozan

Baru baru ini semua maklum Johan ditimpa musibah apabila menjalani pembedahan di bahagian lutut kiri akibat Meniscus Koyak dan terpaksa menjalani Fisioterapi selama 6 bulan. Hal ini lantas menimbulkan kerisauan buat rakan karibnya iaitu Zizan, apabila Johan tetap berdegil mahu mengembara ke selatan tanah air bagi menghabiskan saki baki perjuanganya bersama Zizan di Maharaja Lawak Mega 2012.

Ujar Zizan "Saya risaukan kesihatan Johan sebab saya tak boleh tengok orang yang rapat dengan saya ni sakit apatah lagi adik beradik seperti mana yang dah saya anggap pada Johan. Lagipun saya pernah juga masuk hospital tidak lama dulu. Jadi saya tahu macam mana rasa sakitnya dan tidak selesanya bila kita berada di hospital."

"Pernah saya nasihatkanya supaya jangan datang untuk MLM 2012 akhir, bukan bermaksud saya ni tak perlukan dia lagi. Cakap macam manapun dia degil, tetap juga nak datang. Saya hormati dan kagum dengan semangatnya itu walaupun pada masa yang sama saya juga risau akan kesakitan yang dia alami pada ketika itu. Mujurlah semuanya selamat dan harap sangat Johan dapat sembuh secepat yang mungkin."

Mungkin Anda Perlu Baca Ini Juga !!

Bisnes Maju, Awie Akan Tambah 3 Lagi Kelab Malam


Bisnes Maju,Awie Akan Tambah 3 Lagi Kelab Malam

PETALING JAYA: Ketika tindakan penyanyi dan pelakon Awie membuka kelab malam di Ipoh, Perak dipertikaikan segelintir pihak, vokalis kumpulan Wings itu sebenarnya sudah merancang untuk memperluaskan lagi perniagaannya dengan membuka tiga lagi cawangan baharu.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 45, berkata, dia tidak akan mengendahkan kritikan orang sebaliknya mahu mengembangkan kelab malam berkenaan yang dikenali sebagai Malai Rock Station Bistro masing-masing di Kuala Lumpur, Johor dan Kuantan, Pahang tidak lama lagi.

"Jangan melihat perniagaan kelab itu daripada pandangan yang cetek. Ia adalah sebuah perniagaan dan saya telah melabur ratusan ribu untuknya.

"Malah saya juga merancang untuk kembangkan lagi perniagaan itu pada tahun ini selepas mendapat respons baik daripada pengunjung di Ipoh," katanya ketika dihubungimStar Online di sini, Rabu.

Awie berkata demikian sebagai mengulas laporan beberapa portal susulan perasaan tidak puas hatinya dengan pihak media yang bertanyakan perkara tersebut semasa malam gala filem Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon & Jin Pakai Toncit dekat sini malam Selasa lalu.

Awie menegaskan, masyarakat seharusnya berfikiran terbuka dan tidak mudah menjatuhkan hukum hanya kerana dia berstatus selebriti.

"Saya bergiat dalam bidang hiburan dan tidak tahu cabang perniagaan lain melainkan cabang ini sahaja (membuka kelab malam). Takkan saya hendak jual nasi lemak yang saya tidak tahu caranya?

"Jadi apa salahnya saya jalankan perniagaan berasaskan hiburan? Jangan persoalkan mengenai hukum hakam hanya kerana saya seorang artis?" jelasnya dalam nada kesal.
Inilah bistro milik Awie yang terletak di Ipoh. Gambar petikan beritasemasa.com.



Tambahnya, perniagaan pusat hiburan bukanlah sesuatu yang baharu dan sudah ramai ahli perniagaan Melayu lain turut menjalankan perniagaan berasaskan hiburan seperti itu.

"Teruk sangat ke buka kelab malam? Apabila saya yang buka, semua mempertikaikan saya? Sedangkan benda ini bukannya baharu.

"Di luar sana, lebih ramai orang Melayu yang berniaga kelab, hotel dan pusat hiburan lain tetapi kenapa tidak dipertikaikan?

"Saya hanya berniaga bagi meneruskan kelangsungan hidup dan mencari rezeki untuk diri dan keluarga, apakah itu salah?" soalnya yang berharap isu ini tidak diperbesarkan lagi.

Sementara itu, mengenai watak Husin dalam filem sekuel kepada Hantu Kak Limah Balik Rumah yang dilakonkannya itu Awie berkata, komitmen pada kali ini adalah lebih mencabar kerana dia perlu menterjemahkan Husin yang berada dalam kedukaan selepas diisytiharkan muflis.

"Penceritaan filem kali ini lebih bersahaja tetapi berat. Watak Husin tidak jauh berbeza berbanding filem pertama Hantu Kak Limah Balik Rumah sebelum ini.

"Cuma pada kali ini dia kurang ceria kerana berada dalam keadaan murung dan bersedih selepas diisytiharkan muflis," katanya yang baharu menamatkan penggambaran filemZombie Kilang Biskut.-Mstar

Monday, 21 January 2013

Tarikh Pembubaran Parlimen PRU 2013 Didedah

 
Nampaknya seakan benar gambaran awal pasal desas desus proses Pilihanraya Umum ke13 pada tahun 2013.

Ada kawan berkongsi informasi yang tarikh Pembubaran Parlimen katanya di jangka akan berlaku pada Jumaat 23 Februari 2013. Walaubagaimanapun, ini cuma informasi yang belum sahih.

Kita tunggu pengesahan dari pihak yang berwajib. SUMBER

Sunday, 20 January 2013

Kisah Rasuk UiTM Lendu Trending Di Twitter

Topik rasuk dan histeria di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Lendu, Melaka secara tiba-tiba trending di Twitter malam ini. 

Topik berkaitan kejadian tersebut banyak dibincangkan menggunakan beberapa hastag seperti #uitmlendu, #PrayForLendu, #UITMLendu, #HantuDiUiTMLendu dan #PrayForUiTMLendu serta beberapa yang lain lagi. 

Kebanyakan pengguna akaun Twitter dari kalangan pelajar dan golongan muda yang dilihat memberikan perhatian kepada kejadian rasuk di UiTM berkenaan. 

Ramai yang meluahkan rasa bimbang dengan situasi di sana dan ramai juga yang mendoakan keselamatan kepada pelajar-pelajar berkenaan. 

Keadaan di UiTM Lendu agak riuh malam ini dan kami difahamkan bahawa pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di sana mengadakan bacaan Yassin malam ini. 

Berita lanjut akan menyusul… 

Dr Maza & Fathul Bari Berperang Di Twitter

Kecoh di dalam laman sosial Twitter akibat pertengkaran di antara dua tokoh agama yang terkenal dalam dunia politik negara. 

Ianya berpunca apabila bekas Mufti Perlis, Dr Asri didakwa memperlekehkan perkahwinan Ulamak muda Umno tersebut. 

Keadaan menjadi semakin panas apabila Ustaz Fathul Bari membalas kenyataan Dr Asri yang beliau sifatkan sebagai sangat mengaib dan memalukan.