Sunday, 20 January 2013

Pesta Joget Melampau Di Terengganu Cetus Kontroversi


Baca poster neh betul2. Rujuk siapa yang turut menyokong event neh. Event neh dah lepas, dah berlalu. Sekarang yang jadi isu sebab gambar2 event neh di upload di facebook. Satu tindakan bodoh dan bangang dari pihak penganjur. 

Owh oke, ko buat event yang "tah hapa-hapa". Then ko pergi pula upload di facebook. Orang2 yang mungkin menyesal kerana menyertai event neh juga akan terbabit dan terheret sama jadi cacian dan makian orang ramai. Itu kalau yang menyesal. Kalau yang tak menyesal? Kalau yang berbangga? Lagi la aku tatau nak cakap apa. 

Memang parah. 

Benci dadah oke. Takde masalah. Tapi cara nak tunjuk benci tue biarlah bersesuaian dengan orang islam kita. Jangan main merepek tak tentu hala. 

Aku malas nak upload gambar2 tersebut. TERUK. Siyes aku cakap, TERUK ! 
Sedih + kecewa = tengok sikap orang islam zaman sekarang. Jangan2 ada tak di antara mereka yang beria2 pertahankan kalimah Allah tak..? Di sini kita pertahankan kalimah Allah swt, di sana kita mengutuk dan mengherdik kristian, di situ kita berjoget sakan tak ingat dunia.. di akhirat? Lue fikirlah sendiri. Bai. 

Friday, 18 January 2013

AMOI CHINA SEBELUM DAN SELEPAS MEKAP : IT'S A TARP (8 GAMBAR)

#This is trap guys!




IDENTITI PENCURI DUIT LISA KINI DIKENALPASTI

lisa-surihani (1)

IDENTITI PENCURI DUIT LISA KINI DIKENALPASTI | Ekoran daripada kes kecurian duit milik pelakon, Lisa Surihani pada minggu lalu, kini pihak polis sudah mengenalpasti individu yang disyaki terlibat dalam kes penipuan ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur Asisten Komisioner, Izany Abdul Ghani berkata pihak polis kini sudah dapat mengecam individu yang menukar kad ATM tanpa pengetahuan aktress tersebut dan melakukan pengeluaran wang tunai.

Namun, tiada maklumat yang menyatakan sama ada individu ini adalah orang terdekat dengan diri Lisa atau mereka yang sering bekerja dengan dirinya dalam industri hiburan tanah air.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan pihak polis mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," ujar Izany seperti yang dilaporkan di dalam Harian Metro, hari ini.

Mengimbas kembali, pada hujung minggu lalu Lisa Surihani ibunya, Siti Amira Ahmad telah membuat laporan polis apabila menyedari yang sejumlah RM50,000 telah lesap daripada akaun bank.

Apabila merujuk kepada pihak bank, mereka menyatakan ada individu yang menukar kad ATM tanpa pengetahuan mereka.

Tunggu saja laporan selajutnya untuk mengatahui siapakah individu disebalik kerja tidak bermoral ini.

Thursday, 17 January 2013

PATRICK TEOH HINA ISLAM DALAM FACEBOOK

SERIUS : PATRICK TEOH HINA ISLAM DALAM FACEBOOK | Berikut merupakan kenyataan Patrick Teoh di dalam Facebooknya yang telah mengundang kemarahan ramai orang.

#Apa yang cina ni x puas hati ngan orang islam ?

PatrickTeoh


Walaubagaimanapun, beliau telah delete status terbabit dan meminta maaf di Twitter kepada semua Muslim…

BF Rogol Lari,Pelajar Mengandung Report Polis

BF Rogol Lari,Pelajar Mengandung Report Polis

Chukai: Takut selepas mengetahui kandungan luar nikahnya berusia lebih sebulan, seorang pelajar 15 tahun yang mendapati teman lelakinya mula berubah laku, nekad membuat laporan polis. 

Pelajar Tingkatan Tiga dari Kampung Pengkalan Ranggun, dekat sini, dalam laporannya mendakwa berkenalan dengan suspek sejak Julai lalu sebelum mula keluar bersama sebulan kemudian dan mengikut lelaki terbabit yang juga penduduk sekampung ke rumah sewanya.
 
pic hiasan

Menjauhkan diri 
"Mangsa mendakwa diperkosa suspek di rumah sewa itu dan perbuatan sama berulang di beberapa lokasi lain hingga akhirnya dia mengandung, namun kejadian tidak diketahui keluarganya. Sebaik tahu gadis itu mengandung, lelaki berkenaan yang bekerja sebagai buruh di Gebeng, Kuantan, mula menjauhkan diri. 

"Suspek juga menghilangkan diri serta tidak mahu bertanggungjawab, menyebabkan mangsa bimbang dan membuat laporan di Balai Polis Kertih, Jumaat lalu," kata sumber sambil menambah, mangsa dalam laporannya juga mendakwa kali terakhir suspek merogolnya 2 Januari lalu. 

Katanya, mangsa yang berasa tidak sihat dan sakit perut sebelum itu mendapatkan pemeriksaan di sebuah klinik di Kertih sebelum disahkan mengandung lebih sebulan. 

Buru suspek 
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Che Suza Che Hitam, yang mengesahkan laporan gadis terbabit, berkata polis sudah mengenal pasti dan sedang memburu suspek berusia 21 tahun itu untuk membantu siasa- 
tan kes berkenaan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Saturday, 12 January 2013

Bahaya Menggunakan Selipar Jepun

Pasti ramai diantara kita yang selalu menggunakan selipar jepun atau disebut juga selipar sepit. Selipar ini diantara selipar yang popular yang digunakan oleh rakyat Malaysia. Namun begitu selipar ini ternyata mempunyai beberapa perkara bahaya dan risiko bagi para penggunanya.

1. Tidak Ada Penyokong

Bentuk selipar yang rata, tak mempunyai penyokong bagi tumit kaki dan lengkungan kaki pemakainya tersebut tidak baik bagi keselesaan dan kesihatan. Tapak kaki yang ideal adalah yang mempunyai penyokong bagi tumit dan lengkungan kaki.

2. Mengundang bakteria pada kaki

Jika anda menggunakan selipar ini sepanjang masa, di udara terbuka, perkara tersebut boleh menarik tidak kurang dari 15000 bakteria untuk melekat di kaki anda. Dan perkara ini merugikan bagi keadaan kesihatan anda dan keluarga.

3. Bahaya ketika memandu

Elakkan memandu, baik dengan menggunakan motosikal atau kereta dengan memakai selipar ini apatahlagi yang telah longgar dan nipis. Permukaannya yang rata boleh menyebabkan kaki anda tergelincir dari pedal, sangat membahayakan keselamatan anda. Pasti boleh mengundang kemalangan.

4. Sakit Punggung

Kerana tidak adanya penyokong di lengkungan kaki dan tumit, maka memakai selipar jepun terlalu lama boleh menyebabkan timbulnya sakit pergelangan kaki dan sakit pinggul. Jika dibiarkan, lama kelamaan boleh menjadi sakit punggung.
5. Arthritis Sakit Sendi

Jika anda terlalu lama memakai selipar jepun dengan kedudukan rata apabila berjalan, maka boleh menyebabkan timbulnya arthritis atau sakit sendi @ radang pada sendi.

Thursday, 10 January 2013

DOWNLOAD: Adik Manja Returns (2012) SDTVRip

Adik Manja Returns menceritakan tentang kenakalan pelajar-pelajar perempuan di kolej swasta iaitu Kolej Professional Skill.

Pengetua Sofea (Rozita Che Wan) pening kepala memikirkan kenakalan pelajarnya terutamanya Kumpulan Bib yang dianggotai oleh Bib (Faezah Elai), Tam (Jihan Raja Lawak), Mala (Geetha), Mei (Adelin Tsen) & Ayu (Fida) serta Kumpulan Su yang dianggotai oleh Su (Juliana Evans) dan rakan-rakannya.

Untuk menangani masalah itu akhirnya pihak kolej djdanchef menawarkan semula khidmat seorang pensyarah lelaki iaitu Cikgu Azmi (Dharma) supaya dapat mengajar dan menggunakan formulanya bagi menginsafkan semula pelajar nakal tersebut.

Antara barisan pelakon yang menjayakan filem adik manja returns ialah Dharma Harun, Rozita Che Wan, Noorfezah, Juliana Evans, Jihan Raja Lawak, Fida dan ramai lagi.

-Kredit to karl


uploaded by maelaah via Asia BitTorrent Tracker & P2P Community » JWG TorrenT

Kredit to Original Coder

Extabit Download

Netload Download

Turbobit Download

Filefactory Download

  soon

Uploaded.to Download

soon

Torrent Download

DOWNLOAD: Strawberi Cinta [2012] PPV Rip - Malay Sub

Genre : Romance
Director : Ahmad Rusli Mohamed Khadri
Cast : Yana Samsudin, Pierre Andre, Diana Amir
Language : Malay
Subtitle : Malay
Storyline : "Strawberi Cinta" chronicles the journey of a Japanese man named Ichigo who travels to Malaysia for a vacation along with a tour group from his country through a travel package by Strawberry Vanilla Travel & Tours. As the secrets of Malaysia's beauty are revealed to them, Ichigo is also shown to harbour secrets of his own. His true intention of travelling to Malaysia is to search for something that has long eluded his life.

Download Link

Tuesday, 31 July 2012

"Syaitan" Rogol dan Liwat Budak Berusia 3 Tahun

 
[HM] KLANG: Seorang lelaki layak digelar binatang apabila gagal mengawal nafsunya biarpun di bulan Ramadan apabila merogol dan meliwat seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dalam kejadian di Kampung Sungai Yadi, di sini, Jumaat lalu. 

Dalam kejadian itu, mangsa diasuh isteri suspek di rumah mereka sejak dua bulan lalu dan suspek yang berusia 31 tahun mengambil kesempatan melakukan perbuatan terkutuk itu ketika isterinya keluar ke kedai.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, kejadian itu hanya disedari bapa mangsa jam 8 malam pada hari kejadian selepas dimaklumkan isterinya bahawa mangsa mengadu sakit di kemaluannya. 

"Mangsa menceritakan kepada bapanya suspek mengajaknya memasuki bilik air menyebabkan bapa mangsa mengesyaki anaknya menjadi mangsa rogol," katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati suspek melakukan perbuatan itu ketika isterinya keluar ke kedai dan ketika di dalam bilik air, mangsa didukung dalam keadaan bogel sebelum dirogol dan diliwat suspek beberapa kali.

Katanya, siasatan juga mendapati dalam tempoh mangsa dihantar ke situ suspek hanya melakukan perbuatan itu sekali. 

Berikutan itu, suspek yang juga pemandu lori ditahan di rumahnya pada hari sama. Kes disiasat mengikut Seksyen 376/511 dan Seksyen 377c Kanun Keseksaan dan suspek direman hingga 3 Ogos depan bagi membantu siasatan.


Berita Lain:
Biar anak didera mati di hospital 
[HM] KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri dari Bandar Sri Permaisuri, Cheras, di sini, bukan saja sanggup mendera anak mereka hingga pengsan, malah turut membiarkan anaknya itu yang berusia empat tahun bersendirian di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), pagi kelmarin. 

Bagaimanapun, kanak-kanak lelaki itu yang menunggu rawatan di unit kecemasan gagal diselamatkan doktor dan disahkan meninggal dunia pada jam 6.15 pagi.

Sumber polis berkata, dalam kejadian itu, sepasang suami isteri yang tinggal berdekatan PPUKM menghantar seorang kanak-kanak lelaki dipercayai anak mereka ke unit kecemasan. 

"Ketika dibawa ke PPUKM, kanak-kanak terbabit yang tidak sedarkan diri ditempatkan di unit kecemasan untuk rawatan.

"Beberapa minit kemudian, ibu bapa kanak-kanak itu keluar sebelum menaiki sebuah kereta yang sedia menunggu mereka di pekarangan PPUKM dan melarikan diri," katanya.

Menurutnya, beberapa kakitangan unit kecemasan PPUKM yang menyedari tindakan itu cuba mengejar mereka namun terlambat. 

Katanya, pemeriksaan lanjut ke atas kanak-kanak itu mendapati mangsa didera ibu bapanya berikutan wujud kesan calar dan lebam di seluruh badannya.

Selepas disahkan meninggal dunia, doktor yang merawat mangsa membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan, di sini. 

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Katanya, siasatan lanjut dijalankan untuk menjejaki ibu bapa mangsa.

Tidak "Bertelanjang" Pun Boleh Masuk Olimpik

Menurut maklumat FB, atlet wanita yang menutup aurat di atas ialah Woroud Sawalha, atlet Palestine.