Tuesday 17 January 2012

Anwar Ibrahim Saman Utusan

Anwar Ibrahim hari ini mengambil tindakan drastik menyaman Editor dan Utusan Melayu Sdn Bhd penerbit akhbar Utusan Malaysia ekoran penyiaran kenyatan Hasan Ali yang mendakwa Anwar menghalalkan kegiatan homeseksual seperti mana disiarkan dalam akhbar itu di muka depan hari ini.

Kenyataan Hasan itu yang disiar akhbar berkenaan berbunyi; "Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali membidas Datur Seri Anwar Ibrahim kerana mempertikaikan undang-undang homeseksual di negara ini.

Azalina Othman Said Disoalsiasat SPRM

Sumbangan RM300k, SPRM soal siasat bekas menteri

Seorang bekas menteri dilaporkan telah disoal-siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam atas dakwaan berhubung penerimaan RM300,000 sebagai sumbangan.

Bekas menteri itu yang masih lagi seorang anggota parlimen dikatakan menerima ‘sumbangan’ berkenaan daripada sebuah syarikat tahun lalu.

Sumber-sumber yang dipetik oleh akhbar The New Straits Times berkata bekas menteri itu menghabiskan masa selama beberapa jam di pejabat SPRM.

Monday 16 January 2012

PAPAGOMO Kena Saman RM10juta

 Penulis blog pro-Umno Papagomo dan Parpukari menghadapi tuntutan saman sehingga RM10 juta setiap seorang kerana didakwa memfitnah ahli perniagaan Abdul Razak Mohd Noor.

Abdul Razak melalui firma guaman Netto & Co pada 3 Januari lalu mengeluarkan surat tuntutan ke atas kedua-dua mereka dan juga satu notis tuntutan yang disiarkan pada akhbar utama Sabtu lalu.

Ketika dihubungi, peguam Abdul Razak, - Ruben Netto berkata anak guamnya itu terpaksa menggunakan notis awam kerana beliau tidak mempunyai cara lain untuk membela dirinya.

A Samad Said Dilantik Sebagai Pengerusi Bersama BERSIH 3.0

Datuk A Samad Said akan dilantik sebagai pengerusi bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dilihat akan memberi tekanan dalam menuntut transformasi pilihan raya negara.

Pengerusi Bersih Datuk S. Ambiga mengesahkan pelantikan itu kepada The Malaysian Insider, menambah satu pengumuman rasmi akan dibuat hari ini di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH).

Kerajaan Kelantan Batalkan Persembahan BLACK

Kerajaan Kelantan telah membatalkan kehadiran juara program televisyen "Mentor" musim ketiga, Black, yang dijadualkan membuat persembahan di acara "Ladies Night".

Kehadiran Black atau nama sebenarnya Hanifah Bin Mohd Hanafiah yang sepatutnya membuat persembahan 23 Januari ini dibatalkan selepas menerima kritikan ramai yang mempertikaikan penyanyi "Drama King" ini membuat persembahan pada acara tersebut yang diadakan bersempena program Kelantan's Got Talent khusus untuk kaum wanita.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar memberitahu pihaknya mengambil langkah menghormati kritikan dan pandangan orang ramai yang mempersoalkan kehadiran penyanyi berkenaan.

"Walaupun ini bukanlah kali pertama beliau mengadakan persembahan di sini, tetapi banyak komen dalam laman sosial Facebook memberi pendapat mereka mengenai kemunculan Black pada majlis berkenaan," ujarnya yang turut memberitahu tempat Black akan digantikan dengan seorang penyanyi wanita lain.
Sebelum ini sebuah akhbar tempatan telah melaporkan orang ramai telah mengkritik hebat di laman sosial Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mempertikai kemunculan Black pada majlis yang dikhususkan kepada wanita sahaja.

Acara "Ladies Night" ini diadakan bersempena Tahun Melawat Kelantan 2012, dengan kerajaan negeri menganjurkan program berbentuk hiburan iaitu Kelantan's Got Talent bagi mencari bakat baru dalam bidang nyanyian dan lakonan.

Ucapan Penghargaan Sheikh Yusof Al Qaradhawi Buat DSAI

Melalui Telegraf, Dr Yusuf al-Qaradhawi mengucapkan tahniah dengan kejayaan Anwar Ibrahim, Bekas timbalan Perdana Menteri yang merupakan Ketua parti Keadilan rakyat dengan keputusan mahkamah yang membersihkan dari tohmahan fitnah terhadap beliau.

MAYA KARIN tercalon dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular ABPBH 2011.

Ternyata, watak Izzah dilakonkan itu masih sebati dalam diri pelakon kelahiran Bayreuth, Bavaria, Jerman itu sampai saat ini. Malah, kerana kekuatan watak Izzah dalam filem adaptasi novel terlaris, karya Fauziah Ashari jugalah nama Maya tercalon dalam Top 5, kategori Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011).

Fenomena Ustaz Azhar Idrus

Ustaz Azhar Idrus kini sudah amat ditakuti oleh UMNO sendiri kerana dimana sahaja dia pergi akan mendapat sambutan terutama oleh golongan muda. Kenapa UMNO takut kepada hal ini? kenapa harus mereka memfitnah Ustaz Azhar sebagai "ajaran dari syaitan"?



Kain Shahrizat Terselak Lagi- kini melibatkan kad kredit

Keluarga Shahrizat belanja RM600,000 kad kredit NFC. PKR telah berjaya bongkar lagi isu penyelewangan NFC. Kali ini membongkarkan pula sikap rakus ahli keluarga Shahrizat yang membelanjakan lebih 10k setiap bulan menerusi kad kredit NFC. Patut la suka ambil cuti, sedap la dia nak shoping dan bersoronok dengan wang rakyat. Selak lagi kain Shahrizat nampaknya..
laporan lengkap dari Malaysiakini

Spekulasi Dr. Hasan Ali: "Anwar Akan Halakan Homoseksual"

Akhirnya Dr. Hasan Ali yang mendakwa memiliki pHD telah menunjukan dirinya yang sebenar sekali lagi menongkah arus. Maka jelas dan terbukti tindakn PAS memecat beliau kena pada tempatnya. Saya secara peribadi kecewa dengan spekulasi liar ini yang jauh dari akhlak seorang muslim yang beriman.

Hanya mendengar dr media arus perdana dan terus melatah. Harus dengar betul-betul apa yang ingin disampaikan oleh Anwar. Nampaknya TV3 telah cuba sekali lagi memutarbelitkan ucapan pemimpin PR dan termakan oleh orang-orang seperti Hasan Ali ini.

berita penuh di : TheMalaysiaInsider