

Melihat gelagat Zizan dan Johan apabila digandingkan bersama pasti akan menghadirkan satu momentum lucu buat yang menonton dan saat itu tiada siapa dapat menafikan kuasa lawak yang ditonjolkan oleh mereka berdua menerusi gandingan JOZAN.
Baru baru ini semua maklum Johan ditimpa musibah apabila menjalani pembedahan di bahagian lutut kiri akibat Meniscus Koyak dan terpaksa menjalani Fisioterapi selama 6 bulan. Hal ini lantas menimbulkan kerisauan buat rakan karibnya iaitu Zizan, apabila Johan tetap berdegil mahu mengembara ke selatan tanah air bagi menghabiskan saki baki perjuanganya bersama Zizan di Maharaja Lawak Mega 2012.
Ujar Zizan "Saya risaukan kesihatan Johan sebab saya tak boleh tengok orang yang rapat dengan saya ni sakit apatah lagi adik beradik seperti mana yang dah saya anggap pada Johan. Lagipun saya pernah juga masuk hospital tidak lama dulu. Jadi saya tahu macam mana rasa sakitnya dan tidak selesanya bila kita berada di hospital."
"Pernah saya nasihatkanya supaya jangan datang untuk MLM 2012 akhir, bukan bermaksud saya ni tak perlukan dia lagi. Cakap macam manapun dia degil, tetap juga nak datang. Saya hormati dan kagum dengan semangatnya itu walaupun pada masa yang sama saya juga risau akan kesakitan yang dia alami pada ketika itu. Mujurlah semuanya selamat dan harap sangat Johan dapat sembuh secepat yang mungkin."

IDENTITI PENCURI DUIT LISA KINI DIKENALPASTI | Ekoran daripada kes kecurian duit milik pelakon, Lisa Surihani pada minggu lalu, kini pihak polis sudah mengenalpasti individu yang disyaki terlibat dalam kes penipuan ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur Asisten Komisioner, Izany Abdul Ghani berkata pihak polis kini sudah dapat mengecam individu yang menukar kad ATM tanpa pengetahuan aktress tersebut dan melakukan pengeluaran wang tunai.
Namun, tiada maklumat yang menyatakan sama ada individu ini adalah orang terdekat dengan diri Lisa atau mereka yang sering bekerja dengan dirinya dalam industri hiburan tanah air.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan pihak polis mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," ujar Izany seperti yang dilaporkan di dalam Harian Metro, hari ini.
Mengimbas kembali, pada hujung minggu lalu Lisa Surihani ibunya, Siti Amira Ahmad telah membuat laporan polis apabila menyedari yang sejumlah RM50,000 telah lesap daripada akaun bank.
Apabila merujuk kepada pihak bank, mereka menyatakan ada individu yang menukar kad ATM tanpa pengetahuan mereka.
Tunggu saja laporan selajutnya untuk mengatahui siapakah individu disebalik kerja tidak bermoral ini.
SERIUS : PATRICK TEOH HINA ISLAM DALAM FACEBOOK | Berikut merupakan kenyataan Patrick Teoh di dalam Facebooknya yang telah mengundang kemarahan ramai orang.
#Apa yang cina ni x puas hati ngan orang islam ?
Pasti ramai diantara kita yang selalu menggunakan selipar jepun atau disebut juga selipar sepit. Selipar ini diantara selipar yang popular yang digunakan oleh rakyat Malaysia. Namun begitu selipar ini ternyata mempunyai beberapa perkara bahaya dan risiko bagi para penggunanya.
1. Tidak Ada Penyokong
Bentuk selipar yang rata, tak mempunyai penyokong bagi tumit kaki dan lengkungan kaki pemakainya tersebut tidak baik bagi keselesaan dan kesihatan. Tapak kaki yang ideal adalah yang mempunyai penyokong bagi tumit dan lengkungan kaki.
2. Mengundang bakteria pada kaki
Jika anda menggunakan selipar ini sepanjang masa, di udara terbuka, perkara tersebut boleh menarik tidak kurang dari 15000 bakteria untuk melekat di kaki anda. Dan perkara ini merugikan bagi keadaan kesihatan anda dan keluarga.

3. Bahaya ketika memandu
Elakkan memandu, baik dengan menggunakan motosikal atau kereta dengan memakai selipar ini apatahlagi yang telah longgar dan nipis. Permukaannya yang rata boleh menyebabkan kaki anda tergelincir dari pedal, sangat membahayakan keselamatan anda. Pasti boleh mengundang kemalangan.
4. Sakit Punggung
Kerana tidak adanya penyokong di lengkungan kaki dan tumit, maka memakai selipar jepun terlalu lama boleh menyebabkan timbulnya sakit pergelangan kaki dan sakit pinggul. Jika dibiarkan, lama kelamaan boleh menjadi sakit punggung.
5. Arthritis Sakit Sendi
Jika anda terlalu lama memakai selipar jepun dengan kedudukan rata apabila berjalan, maka boleh menyebabkan timbulnya arthritis atau sakit sendi @ radang pada sendi.

Adik Manja Returns menceritakan tentang kenakalan pelajar-pelajar perempuan di kolej swasta iaitu Kolej Professional Skill.
Pengetua Sofea (Rozita Che Wan) pening kepala memikirkan kenakalan pelajarnya terutamanya Kumpulan Bib yang dianggotai oleh Bib (Faezah Elai), Tam (Jihan Raja Lawak), Mala (Geetha), Mei (Adelin Tsen) & Ayu (Fida) serta Kumpulan Su yang dianggotai oleh Su (Juliana Evans) dan rakan-rakannya.
Untuk menangani masalah itu akhirnya pihak kolej djdanchef menawarkan semula khidmat seorang pensyarah lelaki iaitu Cikgu Azmi (Dharma) supaya dapat mengajar dan menggunakan formulanya bagi menginsafkan semula pelajar nakal tersebut.
Antara barisan pelakon yang menjayakan filem adik manja returns ialah Dharma Harun, Rozita Che Wan, Noorfezah, Juliana Evans, Jihan Raja Lawak, Fida dan ramai lagi.
-Kredit to karl

uploaded by maelaah via Asia BitTorrent Tracker & P2P Community » JWG TorrenT
Kredit to Original Coder
Extabit Download
Netload Download
Turbobit Download
Filefactory Download
soon
Uploaded.to Download
soon
Torrent Download