Friday 25 January 2013

‘Gangnam Style’ Raih RM24.3 Juta Untuk Pengiklanan Di Youtube

Google dalam satu kenyataan rasmi semalam menyebut yang video Gangnam Style di laman Youtube telah menjana pendapatan US$8 juta (RM24.3 juta) melalui pengiklanan. 

Pendapatan besar daripada pengiklanan sejak Julai 2012 itu dikongsi dengan pencipta fenomena Gangnam Style ini. 

Video Gangnam Style oleh PSY seperti anda tahu berjaya mencipta fenomena di seluruh dunia sehingga menjadi yang pertama mencecah tontonan melebihi 1 billion — mengalahkan pesaing, Justin Bieber. 

Ketua Pegawai Perniagaan Google, Nikesh Arora mendedahkan angka itu ketika membincangkan potensi pendapatan YouTube untuk suku pertama tahun ini bersama penganalisis kewangan. 

No comments:

Post a Comment