Tuesday 31 July 2012
"Syaitan" Rogol dan Liwat Budak Berusia 3 Tahun
Tidak "Bertelanjang" Pun Boleh Masuk Olimpik
Monday 30 July 2012
Azarbaijan Pindah Solat Jumaat Ke Hari Sabtu
Elfira Loy Masih Seperti Remaja Lain
Awas! Teknik Terbaru Curi Kereta
Minggu lalu, kereta seorang wanita telah dicuri di tempat yang sangat sibuk berhampiran Jaya Jusco di Mahkota Cheras, Kuala Lumpur. Kejadian ini adalah sesuatu yang sangat bernilai untuk dikongsi bersama supaya kita dapat mengurangkan peluang kepada pencuri kereta.
Selepas meletakkan keretanya di tepi jalan di luar Jusco, wanita tersebut mendapati bahawa dia tidak berjaya untuk mengunci keretanya dengan alat kawalan jauh (remote). Pada fikiran beliau alat kawalan jauh tersebut telah kehabisan bateri atau rosak, lalu beliau hanya menggunakan kunci biasa untuk mengunci keretanya secara manual.
Beliau kemudian pergi untuk membeli beberapa barangan runcit dan kira-kira 30 minit kemudian apabila dia kembali ke tempat di mana dia meletakkan kereta beliau, didapati keretanya telah hilang.
Kemudian di balai polis dan juga di agensi insurans, beliau telah diberitahu bahawa terdapat beberapa sindiket mencuri kereta yang menggunakan peranti elektronik 'klip'frekuensi alat kawalan jauh kereta (car remote's frequency clipping). Alat ini boleh mengesan frekuensi remote kereta semasa ia digunakan untuk mengunci kereta.
Kesan dari operasi 'clipping' oleh pencuri kereta ini akan menyebabkan pemilik kenderaan tersebut tidak dapat mengunci kereta dengan alat kawalan jauh.Jadi pemilik kereta akan menguncinya secara manual. Sebaik sahaja pencuri ini memperolehi frekuensi alat kawalan jauh kereta anda, mereka akan mencuri kereta apabila anda berada jauh dari kereta anda.
Pengajaran untuk masa depan apabila anda tidak dapat mengunci kereta anda dengan alat kawalan jauh, kemungkinan tinggi bahawa seseorang berdekatan telah mensasarkan kereta anda. Jadi anda dinasihatkan supaya tidak meletak kenderaan di tempat tersebut dan beredarlah dari situ.
sumber: Facebook
Lima Penjenayah Berputih Mata
KUALA LUMPUR : Sekumpulan lima penjenayah bukan sahaja gagal menyamun malah kesemua mereka cedera selepas kenderaan yang dinaiki terlibat dalam kemalangan di Taman SPPK, Segambut di sini semalam. Kejadian pada pukul 4 pagi di persimpangan lampu isyarat itu menyebabkan lima suspek berusia 19 hingga 25 tahun itu cedera apabila kereta Proton Waja yang mereka curi, bertembung dengan sebuah kereta Proton Persona yang dinaiki oleh lima wanita warga Thailand. Seorang daripada suspek terbabit cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur manakala lima wanita warga asing berkenaan cedera ringan. Empat lagi suspek lain pula dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut selepas cedera ringan. |