Monday 28 May 2012
Fathia Latiff Mengenakan Harga Tinggi Untuk Berlakon Serta Berlagak Diva?
Tidak dinafikan bahawa kebelakangan ini, nama Fathia Latiff ini seolah menjadi sebutan ramai penonton setia drama-drama tempatan, selain lakonannya dalam Mahabbah, ada juga desas- desus yang mengatakan Fathia kini mengenakan harga yang tinggi untuk berlakon serta berlagak diva, benarkah?
Pelajar jurusan Sarjana Muda Undang-Undang di UiTM ini mempunyai sikap seakan diva dan seringkali menimbulkan masalah di set pengambaran ketika cerita tentang beliau membaling telefon bimbit ke arah Along Kamaludin ketika pengambaran drama Stanza Cinta, tahun lepas.
Namun kini, nama Fathia Latiff sudah semakin stabil selain memiliki wajah yang boleh pergi lebih jauh dalam industri seni. Menurut Fathia, beliau bukanlah seseorang seperti yang didakwa oleh orang lain, beliau hanyalah bertegas dalam menetapkan haknya dalam bidang lakonan.
Fathia juga tidak mahu ditindas oleh mana-mana produksi tentang pembayaran lakonan kepada artis, jadi kerana itulah Fathia perlu tegas dalam menetapkan harga bayaran di atas setiap lakonan yang dibawa olehnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment