Tuesday 5 June 2012
Erra Fazira Nafi Dia Dan Suami Pergi Kaunseling Selesaikan Masalah Rumah Tangga
Beliau meminta pihak yang menggembar-gemburkan hal berkenaan agar menghentikan perkara itu.
Menurut Erra, dia tidak pernah berjumpa dengan mana-mana kaunselor untuk meminta nasihat dan menganggap khabar angin terbaru itu sebagai mengarut.
"Macam-macam cerita orang bercakap mengenai perihal rumah tangga saya dan seolah-olah mereka lebih mengetahui apa yang berlaku berbanding diri saya sendiri.
"Jadi langkah yang lebih baik adalah untuk menutup mulut daripada banyak berkata-kata dan membiarkan apa sahaja kata-kata orang kerana saya tidak berdaya untuk menutup mulut mereka," ujarnya kepada mStar Online.
Sebelum ini, media melaporkan rumah tangga yang dibina mereka kononnya goyah apabila timbul pelbagai dakwaan yang mengaitkan pasangan itu.
Dalam pada itu, Erra berkata, kehidupannya suami isteri bukanlah seperti kisah dongeng sebaliknya mereka melalui seperti mana pasangan berkahwin yang lain.
Erra memberitahu, selisih faham antara suami isteri adalah perkara biasa dan ia juga terjadi dalam perkahwinannya.
"Itu adalah perkara biasa dalam kehidupan berkahwin dan tiada apa yang perlu diperbesar-besarkan," ujarnya.
Bagaimanapun kata Erra, dia agak terkilan apabila muncul gosip-gosip keterlaluan mengenai rumah tangganya dan berharap perkara itu dapat dihentikan.
sumber: mynewshub.my
Farid Kamil beri cincin untuk Diana sempena ulangtahun percintaan yang ke-3
KETIKA majlis prebiu filem Jiwa Taiko yang berlangsung baru-baru ini, mata para wartawan tertumpu pada jari pelakon Diana Danielle, 21, yang tersemat sebentuk cincin di jari manisnya.
Mengakui cincin tersebut adalah pemberian kekasih hati iaitu Farid Kamil, 31, pelakon berkenaan memberitahu ia merupakan hadiah sempena sambutan ulang tahun percintaan mereka yang ketiga.
Berkesempatan bertemu sendiri dengan Farid dalam sebuah majlis kelmarin, pengarah dan pelakon popular itu berkesempatan menceritakan detik-detik manis sewaktu memberikan hadiah tersebut kepada kekasihnya itu.
Kosmo!: Bila Farid menghadiahkan cincin tersebut kepada Diana?
FARID: Seingat saya pada 1 Januari lalu sewaktu kami makan malam berdua di sebuah restoran. Namun, terjadi beberapa perkara menarik sebelum Diana mendapatkan cincin itu daripada saya.
Pada masa itu saya sengaja membuatkan Diana berasa dalam keadaan tertekan dan marah. Misalnya, saya ambil dia di rumah lewat sejam sehingga dia marah kepada saya sehingga tiba di restoran tersebut.
Saya sengaja berbuat begitu kerana ingin memberikan kejutan buat dirinya. Sewaktu dia sedang marah-marah terus saya hulurkan sebentuk cincin kepadanya sehingga dia mengalirkan air mata kegembiraan.
Kenapa pilih cincin sebagai hadiah ulang tahun percintaan yang ketiga?
Sebenarnya saya pernah menghadiahkannya seekor kuda semasa ulang tahun kelahirannya pada tahun lalu. Saya ambil keputusan untuk menghadiahkannya sebentuk cincin kerana ini kali pertama saya memberikan hadiah kepadanya sempena ulang tahun percintaan kami.
Jadi, saya tidak mahu peminat menyangka yang ia merupakan cincin merisik atau bertunang. Buat masa ini kami masih lagi bercinta seperti biasa dan belum merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
Sebelum ini Farid seakan-akan enggan mengulas mengenai hubungan cinta dengan Diana. Jadi, kenapa sekarang Farid lebih terbuka untuk bercerita?
Sepanjang tiga tahun bercinta saya lebih suka bercerita mengenai kerjaya berbanding kisah cinta. Namun, apabila ramai yang asyik bertanya tentang hubungan kami, maka saya rasa sudah tiba masanya untuk bercerita kepada pihak umum.
Baru-baru ini Farid turut hadir sewaktu majlis prebiu filem Jiwa Taiko. Adakah timbul perasaan cemburu sewaktu menyaksikan babak-babak romantik antara Diana dan Remy Ishak?
Apabila saya dapat tahu Jiwa Taiko khusus untuk tontonan 18 tahun ke atas, saya sudah dapat agak filem berkenaan memaparkan adegan yang saya anggap boleh menimbulkan kontroversi.
Bagaimanapun, melihatkan lakonan Diana dalam filem itu tidak timbul pula rasa cemburu kerana adegan yang membabitkan dirinya tidaklah keterlaluan. Malah, saya lebih tertarik dengan lakonan Bront Palarae dan Nadiya Nisa yang menampilkan lakonan yang sangat bagus.
Adakah Farid dan Diana pernah dapat tawaran berlakon bersama-sama dalam sebuah filem sepanjang menjalinkan hubungan cinta kalian?
Kami memang ada mendapat beberapa tawaran berlakon yang menggandingkan kami bersama-sama, tetapi kami mengambil keputusan untuk menolaknya. Saya melihat tawaran yang diterima itu lebih kepada mahu mengeksploitasikan hubungan kami untuk meraih keuntungan berbanding kekuatan jalan cerita.
Apakah projek terbaharu Farid sekarang?
Saya baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem Legenda Budak Setan 3 yang menggandingkan saya dengan Maya Karin. Pada pertengahan bulan ini saya akan terbabit pula dengan penggambaran filem aksi berjudul Dampak.
12 Menarik Mengenai Mia Sara, Mia Suka Menyanyi Dalam Tandas?
1. Mia merupakan Penolong Ketua Darjah di sekolahnya. Sebagai pelakon yang dikenali, Mia selalu dikerumun pelajar lain serta guru sekolahnya.
2. Walaupun baru berumur 7 tahun, pelakon ini seorang yang berdikari dan pandai melipat baju sendiri.
3. Mia suka makan di restoran Tony Roma's dan tempat membeli-belah kegemarannya ialah di The Curve.
4. Menurut bapa Mia, sekali keluar, mereka mesti habiskan beratus ringgit untuk Mia sahaja.
5. Benda paling mahal pernah dibeli oleh Mia hasil titik peluh lakonanannya ialah kereta Myvi dan iPhone 4.
6. Mia tidak takut dengan binatang di mana benda paling berani dia pernah lakukan ialah dengan memberi singa laut makan.
7. Pelakon 'Cinta Buat Emelda' ini mempunyai tiga ekor kucing.
8. Mia seorang yang tidak suka diganggu.
9. Tabiat buruk Mia ialah menggigit kuku.
10. Penyanyi serta pelakon idola Mia ialah Dato' Siti Nurhaliza dan Lisa Surihani.
11. Selain berlakon, Mia juga seorang yang suka menyanyi di dalam tandas.
12. Disebabkan risau tentang keselamatan Mia, pihak sekolah membenarkan keluarga Mia menjemput Mia sehingga ke dalam sekolah untuk mengelak perkara tidak diingini seperti penculikan.
Idham
Koperal Dilibas Mat Rempit Kritikal
Dakap Ayah Kali Terakhir
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa, Muhammad Rizwan Idris, 8, murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Galing, di sini, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, sejam selepas kemalangan akibat cedera parah di badan.
Difahamkan, ketika kejadian, mangsa bersama bapanya, Idris Badar, 41, serta seorang adik lelakinya berusia dua tahun dalam perjalanan ke Teluk Chempedak untuk makan angin sempena cuti sekolah.
Bagaimanapun, sebaik tiba di tempat kejadian, Perodua Kancil dipandu Idris bergesel dengan sebuah kenderaan dari arah bertentangan menyebabkan ia hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh dua pokok palma di kiri jalan.
Anak bongsu Idris kini dirawat di HTAA akibat cedera di kepala manakala Idris hanya cedera ringan.
Bayi Ajaib’ Terselamat
Oh! Pembunuhan Warga Malaysia Di Sydney Dirancang
|
Idham
Saturday 2 June 2012
Zed Zaidi Mula Bersuara Tentang Isu K-Pop Di Malaysia
Berikutan penyebaran belanja RM 2.04 juta untuk artis K-Pop yang datang membuat persembahan di Hari Belia 2012 minggu lepas, kini, suara yang dinanti-nantikan oleh industri seni tampil mengkritik tentang jumlah pembayaran untuk artis dari Korea itu.
Siapa lagi kalau bukan Zed Zaidi? orang yang paling lantang melontarkan pendapat walau dikecam hebat, tetapi beliau sahajalah berani untuk membela nasib artis di Malaysia. Apa yang desiarkan oleh beliau, melalui laman Twitter nya, mendapat tentangan dari peminat K-Pop sendiri.
Dengan berani, Zed Zaidi juga menyatakan bahawa ada ‘Pihak Tidak Bertanggungjawab’ dalam membawa kemasukan artis luar terutamanya K-Pop. Wahh, inilah pengerusi SENIMAN yang ditunggu-tunggu! Berani sungguh ya? Beliau komited melontarkan pendapat sebagai orang yang mempunyai autoriti untuk bersuara.
Namun, di sebalik kelantangan Zed Zaidi, kita harus faham, jika tiada demand dan permintaan yang besar untuk artis itu ke Malaysia, pastinya jumlah bayaran yang dikenakan tidak mencecah ke angka jutaan ringgit untuk seciput artis K-Pop. Jadi, sebagai tulang belakang yang menjaga kebajikan artis Malaysia, moleklah kiranya Zed Zaidi sendiri mencari jalan agar artis kita lebih dikenali, supaya menjadi permintaa industri seterusnya menaikkan ‘market’ mereka pada masa akan datang.