Tuesday 5 June 2012

Oh! Pembunuhan Warga Malaysia Di Sydney Dirancang



     
    Oh! Syok    
   
Oh! Pembunuhan Warga Malaysia Di Sydney Dirancang
June 4, 2012 at 9:00 AM
 

Pembunuhan Warga Malaysia Di Sydney Dirancang

MELBOURNE : Juri Mahkamah Agung di Sydney diberitahu tindakan seorang lelaki Indonesia membunuh kekasih isterinya adalah demi maruah, selepas kisah hubungan sulit itu tersebar dalam kalangan komuniti Malaysia di Sydney.

Hazairin Iskandar mengaku tidak bersalah membunuh Mohd. Shah Saemin yang berasal dari Melaka, di luar fletnya di Leichhardt, Sydney pada 21 Februari 2010, tetapi mengaku bersalah menyebabkan kematiannya, lapor Australian Associated Press (AAP).

Di mahkamah itu pada Isnin, Pendakwa Raya Kara Shead berkata, juri akan mendengar bahawa isteri Hazairin, Nita, mempunyai hubungan sulit dengan Mohd. Shah yang juga rakan sekerjanya di Konsulat Malaysia, ketika kematiannya.

"Hubungan sulit ini menjadi topik perbincangan dalam kalangan komuniti Malaysia di Sydney," kata Shead menambah: "orang memberitahu (Hazairin) dia adalah suami dan harus menghentikannya."

Juri akan mendengar Hazairin dan anak lelakinya Andrew menunggu Mohd. Shah di luar fletnya sebelum melanggar kereta mangsa dengan kereta sewa mereka dan mengejar lelaki itu di sepanjang jalan, kata Shead.

Pendakwaan akan membuktikan Hazairin menikam Mohd. Shah sekurang-kurangnya empat kali pada bahagian atas badan dengan sebilah pisau sementara anaknya membelasah mangsa berulang kali dengan tukul.

"Mangsa cuba melarikan diri, dia lari daripada dua penyerangnya itu," kata Shead dipetik AAP.

"Ketika melarikan diri itu, dia menjerit untuk menyelamatkan diri."

Mohd. Shah mengalami beberapa pukulan objek tumpul di kepala, namun meninggal dunia akibat pendarahan daripada kesan tikaman.

"Pendakwaan akan membuktikan bahawa demi maruah keluarganya dan bersama anak lelakinya, tertuduh merancang untuk membunuh si mati menerusi apa yang mereka anggap sebagai pembunuhan demi menebus maruah," kata Shead.

"Ini merupakan pembunuhan yang dirancang dan dengan niat. Tertuduh merancang untuk membunuh atau sekurang-kurangnya menyebabkan kecederaan parah terhadap si mati."

Juri juga diberitahu Hazairin dibicara berasingan daripada anaknya. Kes didengar di hadapan Hakim David Davies. — BERNAMA

   
   
Oh! Bayi Ditinggalkan Atas Bumbung Kereta
June 4, 2012 at 8:00 AM
 

Bayi Ditinggalkan Atas Bumbung Kereta

Phoenix : Seorang bayi berusia sebulan nyaris maut selepas terjatuh daripada kereta yang dipandu ibunya hanya kerana wanita tersebut terlupa bahawa dia meletakkan bayinya di dalam kerusi bayi di atas bumbung kenderaan terbabit.

Selepas menyedari bayinya tiada dalam kereta, Catalina Clouser, 19, terpaksa memandu semula ke 45th Avenue dan Chollas untuk mencari bayinya itu.

Namun setibanya di kawasan berkenaan, dia berasa lega kerana bayinya telah ditemui orang ramai.

Catalina kemudiannya mengaku perbuatannya dan dia telah ditangkap oleh polis atas dakwaan mendera bayi dan memandu dalam keadaan positif marijuana.

Beberapa jam sebelum itu, teman lelakinya telah ditangkap polis atas dakwaan berkaitan dadah.

Sedih dengan tangkapan itu, Catalina telah memandu ke rumah rakannya bersama bayinya untuk menghisap marijuana di situ.

Dua beranak itu kemudiannya meninggalkan rumah terbabit dan ketika itu bayi tersebut tidur di dalam kerusi bayi, namun Catalina terlupa membawa masuk bayinya ke dalam kereta sebaliknya telah meletakkan bayi itu di atas bumbung kereta sebelum memandu kenderaan itu.

"Kerusi bayi itu rosak teruk dan ketika itu orang ramai menyangkakan bayi berkenaan telah dilanggar kereta namun dia bernasib baik terselamat dan tidak mengalami kecederaan.

"Bayi itu dikejarkan ke hospital namun doktor memaklumkan dia berada dalam keadaan selamat," kata seorang pegawai polis.

Bayi tersebut kini ditempatkan di rumah kebajikan. – MyNewsHub

   
     
 

 
 
 



--
Idham

No comments:

Post a Comment