Tuesday 31 July 2012

"Syaitan" Rogol dan Liwat Budak Berusia 3 Tahun

 
[HM] KLANG: Seorang lelaki layak digelar binatang apabila gagal mengawal nafsunya biarpun di bulan Ramadan apabila merogol dan meliwat seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dalam kejadian di Kampung Sungai Yadi, di sini, Jumaat lalu. 

Dalam kejadian itu, mangsa diasuh isteri suspek di rumah mereka sejak dua bulan lalu dan suspek yang berusia 31 tahun mengambil kesempatan melakukan perbuatan terkutuk itu ketika isterinya keluar ke kedai.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, kejadian itu hanya disedari bapa mangsa jam 8 malam pada hari kejadian selepas dimaklumkan isterinya bahawa mangsa mengadu sakit di kemaluannya. 

"Mangsa menceritakan kepada bapanya suspek mengajaknya memasuki bilik air menyebabkan bapa mangsa mengesyaki anaknya menjadi mangsa rogol," katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati suspek melakukan perbuatan itu ketika isterinya keluar ke kedai dan ketika di dalam bilik air, mangsa didukung dalam keadaan bogel sebelum dirogol dan diliwat suspek beberapa kali.

Katanya, siasatan juga mendapati dalam tempoh mangsa dihantar ke situ suspek hanya melakukan perbuatan itu sekali. 

Berikutan itu, suspek yang juga pemandu lori ditahan di rumahnya pada hari sama. Kes disiasat mengikut Seksyen 376/511 dan Seksyen 377c Kanun Keseksaan dan suspek direman hingga 3 Ogos depan bagi membantu siasatan.


Berita Lain:
Biar anak didera mati di hospital 
[HM] KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri dari Bandar Sri Permaisuri, Cheras, di sini, bukan saja sanggup mendera anak mereka hingga pengsan, malah turut membiarkan anaknya itu yang berusia empat tahun bersendirian di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), pagi kelmarin. 

Bagaimanapun, kanak-kanak lelaki itu yang menunggu rawatan di unit kecemasan gagal diselamatkan doktor dan disahkan meninggal dunia pada jam 6.15 pagi.

Sumber polis berkata, dalam kejadian itu, sepasang suami isteri yang tinggal berdekatan PPUKM menghantar seorang kanak-kanak lelaki dipercayai anak mereka ke unit kecemasan. 

"Ketika dibawa ke PPUKM, kanak-kanak terbabit yang tidak sedarkan diri ditempatkan di unit kecemasan untuk rawatan.

"Beberapa minit kemudian, ibu bapa kanak-kanak itu keluar sebelum menaiki sebuah kereta yang sedia menunggu mereka di pekarangan PPUKM dan melarikan diri," katanya.

Menurutnya, beberapa kakitangan unit kecemasan PPUKM yang menyedari tindakan itu cuba mengejar mereka namun terlambat. 

Katanya, pemeriksaan lanjut ke atas kanak-kanak itu mendapati mangsa didera ibu bapanya berikutan wujud kesan calar dan lebam di seluruh badannya.

Selepas disahkan meninggal dunia, doktor yang merawat mangsa membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan, di sini. 

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Katanya, siasatan lanjut dijalankan untuk menjejaki ibu bapa mangsa.

Tidak "Bertelanjang" Pun Boleh Masuk Olimpik

Menurut maklumat FB, atlet wanita yang menutup aurat di atas ialah Woroud Sawalha, atlet Palestine.

Monday 30 July 2012

Azarbaijan Pindah Solat Jumaat Ke Hari Sabtu

 
Jawatankuasa Kebangsaan Bahagian Urusan Agama Republik Azarbaijan memerintahkan kepada para khatib masjid di seluruh negara itu untuk melaksanakan solat Jumaat pada hari Sabtu. Arahan itu dikeluarkan pada 30 Jun yang lalu.

Alasan pemindahan tersebut kerana dinilai mengganggu jam kerja, di mana hari Jumaat di Azarbaijan adalah hari kerja rasmi negara itu.

Menurut pemerintah Azarbaijan, pemindahan solat Jumaat ke hari Sabtu diharapkan dapat mengurangkan beban para pegawai dan pekerja pemerintah.

Menanggapi alasan pemerintah, khatib Masjid Masyhadi Dodosh, H Shahin Hasanali mengatakan, pemindahan tersebut dinilai sebagai sebuah sentimen politik semata-mata.

"Pemerintah risau solat Jumaat menjadi medan pendidikan politik yang boleh menggugat kewibawaan pemerintah. Solat Jumaat tidak boleh dipindahkan hari sesuka hati," ujarnya.

Republik Azarbaijan adalah negara kecil yang majoriti penduduknya beragama Islam. Dilaporkan, jumlah komuniti muslim di sana mencapai 90% dari jumlah keseluruhan penduduknya.

Kedekatan regim yang berkuasa dengan Israel, menyebabkan dasar-dasar pemerintah cenderung anti Islam. Sehingga kini, warga muslim Azarbaijan masih memperjuangkan hak-hak kaum muslimah untuk memakai tudung.


Elfira Loy Masih Seperti Remaja Lain



Masih seperti remaja lain

RASANYA baru semalam kemunculan si gadis manis ini dalam gelanggang seni lakon, namun tatkala berbual dengannya, tidak sangka usia pembabitannya sudah pun menjengah tahun keenam.

Begitu pantas masa berlalu dan secepat itu juga populariti menghimpitnya hingga melonjakkan nama bintang muda, Nurul Elfira Loy sebagai pelakon muda berbakat besar.

Mula dengan pentas teater Ali Baba Dan 40 Penyamun di Istana Budaya ketika usianya 12 tahun dan kemudian menyertai pentas komersial dengan menghidupkan watak Qalesya dalam drama siri sempena Ramadan tayangan Astro Prima, kini Elfira yang sinonim dengan senyuman manisnya sudah pun berdiri dengan jenamanya sendiri hingga terbaru diiktiraf Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2011 (ASK) menerusi drama Kum Kum.

Jelasnya, apa yang penting adalah ikhlas dan sentiasa berusaha keras.

"Saya sendiri terkejut apabila melihat semula perjalanan kerjaya saya. Mana tidaknya, rasa macam baru semalam saya berada di lokasi drama Qalesya dan mengenali tanggungjawab sebagai seorang pelakon. Namun rupa-rupanya sudah enam tahun berada di industri ini dan terus diberi kepercayaan oleh pihak produksi serta peminat khususnya.

"Syukur dan rasa bertuah saja yang sesuai untuk menggambarkan segala-galanya kerana saya diberi peluang pada usia muda. Bayangkan, saya menghabiskan keseluruhan waktu persekolahan menengah dengan komitmen sebagai pelakon. Saya berada di tingkatan satu ketika berlakon Qalesya dan kini saya sudah pun tamat persekolahan.

"Namun banyak kelebihan yang saya nampak apabila bermula dari awal. Walaupun luarannya ramai yang beranggapan saya akan ketinggalan dalam pelajaran dan terlepas keseronokan zaman sekolah bersama teman, namun saya melihat dari perspektif yang berbeza. Saya berpeluang menimba ilmu produksi dan pengalaman berlakon pada usia lebih awal dan kini semuanya saya pegang kuat untuk pengajaran masa akan datang.

"Bagaimanapun saya bersyukur kerana sentiasa diberi kerjasama dari pihak produksi dan banyak pihak yang membantu sejak awal terbabit dalam lapangan ini. Mulanya memang gementar namun hingga kini saya seronok kerana begitu ramai pelakon senior yang jauh lebih berpengalaman datang memberi tunjuk ajar kepada saya.

"Alhamdulillah akhirnya bertahan juga saya hingga ke hari ini," katanya membuka bicara.

Elfira yang kini menyambung pengajian di peringkat diploma dalam jurusan Seni Hiburan di Kolej Damansara Utama (KDU) turut menyatakan hasratnya yang ingin terus meneroka dunia penerbitan filem dan drama.

Enggan hanya berstatus selebriti di depan kamera, pelakon muda yang sebelum ini pernah muncul bersama Amy Mastura menerusi filem Damping Malam mengharapkan satu hari nanti dirinya akan berpeluang meninjau lebih jauh dalam dunia di belakang tabir.

Terlintas pula persoalan, adakah bintang drama Senja Permai, Tentang Bulan The Series, Ekspres Dania dan Syurgamu Ramadhan ini terlepas dari menikmati kegemilangan remaja seperti teman-teman yang lain kerana terlalu meletak fokus pada kerjayanya.

"Saya masih seperti remaja lain yang keluar bertemu kawan-kawan dan melakukan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan seperti membeli-belah, menonton wayang dan berkaraoke, cuma waktu saja yang membataskan pergerakan saya. Selalunya pun jika saya keluar membeli-belah, saya akan pergi bersama ibu kerana dia yang selalunya membantu saya memilih pakaian.

"Jika melihat pemakaian dan fesyen juga, saya bukanlah terlalu bergaya namun apa yang saya pakai adalah sesuatu yang digemari golongan remaja seperti saya.
Setidak-tidaknya saya masih memperlihatkan sisi remaja dalam diri walaupun setiap hari kelompok kawan dan rakan sekerja di lokasi penggambaran semuanya jauh lebih dewasa.

"Namun tidak pula saya terkilan atau kecewa dengan keadaan seperti ini kerana walaupun saya tidak sebebas remaja lain namun saya fikir positif yang semua yang saya lakukan hari ini adalah percaturan masa depan saya juga," katanya.

Anak kedua daripada empat beradik ini kini sibuk berada di lokasi drama Dalam Hati Ada Taman arahan Michael Ang. Meskipun sibuk di lokasi menghidupkan watak Bella di samping pelakon lain termasuk Amy Mastura, Didie Alias dan Sharifah Shahora, gadis berusia 18 tahun ini masih sempat meluangkan masa untuk bercerita perkembangan terbarunya.

"Saya sudah pun selesai membuat alih suara untuk watak Odelle dalam filem Smurf yang akan ditayangkan di HBO dan kini sibuk menjadi juri pula bagi program My School Rock Event tayangan Disney Channel. Alhamdulillah pihak Astro memberi kepercayaan kepada saya pula untuk mengendalikan program Reka Aktiviti yang akan menemui penonton tidak lama lagi.

"Selain itu saya juga baru selesai penggambaran drama epik lapan episod dan beberapa drama siri lagi yang masih dalam pertimbangan. Filem juga saya sedang meneliti dua skrip yang akan mula penggambaran tidak lama lagi. Satunya KL Meroyan dan satu lagi belum diberikan judul lagi. Semuanya masih dalam perbincangan.

"Insya-Allah tahun depan akan menjadi tahun yang lebih sibuk untuk saya kerana ada filem dan drama serta projek lain yang menanti," katanya yang sudah hampir dua tahun menjadi artis eksklusif Astro.

Awas! Teknik Terbaru Curi Kereta

Minggu lalu, kereta seorang wanita telah dicuri di tempat yang sangat sibuk berhampiran Jaya Jusco di Mahkota Cheras, Kuala Lumpur. Kejadian ini adalah sesuatu yang sangat bernilai untuk dikongsi bersama supaya kita dapat mengurangkan peluang kepada pencuri kereta.

Selepas meletakkan keretanya di tepi jalan di luar Jusco, wanita tersebut mendapati bahawa dia tidak berjaya untuk mengunci keretanya dengan alat kawalan jauh (remote). Pada fikiran beliau alat kawalan jauh tersebut telah kehabisan bateri atau rosak, lalu beliau hanya menggunakan kunci biasa untuk mengunci keretanya secara manual.

Beliau kemudian pergi untuk membeli beberapa barangan runcit dan kira-kira 30 minit kemudian apabila dia kembali ke tempat di mana dia meletakkan kereta beliau, didapati keretanya telah hilang.

Kemudian di balai polis dan juga di agensi insurans, beliau telah diberitahu bahawa terdapat beberapa sindiket mencuri kereta yang menggunakan peranti elektronik 'klip'frekuensi alat kawalan jauh kereta (car remote's frequency clipping). Alat ini boleh mengesan frekuensi remote kereta semasa ia digunakan untuk mengunci kereta.

Kesan dari operasi 'clipping' oleh pencuri kereta ini akan menyebabkan pemilik kenderaan tersebut tidak dapat mengunci kereta dengan alat kawalan jauh.Jadi pemilik kereta akan menguncinya secara manual. Sebaik sahaja pencuri ini memperolehi frekuensi alat kawalan jauh kereta anda, mereka akan mencuri kereta apabila anda berada jauh dari kereta anda.

Pengajaran untuk masa depan apabila anda tidak dapat mengunci kereta anda dengan alat kawalan jauh, kemungkinan tinggi bahawa seseorang berdekatan telah mensasarkan kereta anda. Jadi anda dinasihatkan supaya tidak meletak kenderaan di tempat tersebut dan beredarlah dari situ.

sumber: Facebook

Lima Penjenayah Berputih Mata


 

Lima Penjenayah Berputih Mata

KUALA LUMPUR : Sekumpulan lima penjenayah bukan sahaja gagal menyamun malah kesemua mereka cedera selepas kenderaan yang dinaiki terlibat dalam kemalangan di Taman SPPK, Segambut di sini semalam.

Kejadian pada pukul 4 pagi di persimpangan lampu isyarat itu menyebabkan lima suspek berusia 19 hingga 25 tahun itu cedera apabila kereta Proton Waja yang mereka curi, bertembung dengan sebuah kereta Proton Persona yang dinaiki oleh lima wanita warga Thailand.

Seorang daripada suspek terbabit cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur manakala lima wanita warga asing berkenaan cedera ringan.

Empat lagi suspek lain pula dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut selepas cedera ringan.

Oh! Pusat Tuisyen Hina Sahabat Nabi

LEDANG : Sebuah pusat tuisyen di Tangkak dekat sini didakwa bertindak biadab memaparkan karikatur menghina para sahabat Nabi Muhammad S.A.W. dalam nota ringkas mata pelajaran Sejarah bagi pelajar tingkatan empat di pusat berkenaan.

Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, pusat tuisyen tersebut melukiskan 16 karakter sahabat nabi dalam bentuk kartun dengan watak berbeza dan bahan-bahan tersebut disediakan tenaga pengajarnya dikenali sebagai Mr. Fu.

"Antara karikatur yang keterlaluan ialah lukisan seorang sahabat nabi yang dilukis dengan wajah khinzir. Imej seorang lagi pula diletakkan gambar wanita dengan bahagian dadanya ditutup dengan tulisan Cina, selain ada yang dikelilingi tiga wanita.

Tuesday 5 June 2012

Erra Fazira Nafi Dia Dan Suami Pergi Kaunseling Selesaikan Masalah Rumah Tangga

PETALING JAYA –  Pelakon jelita, Erra Fazira sekali lagi menyangkal desas-desus kononnya dia dan suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin telah mendapatkan khidmat kaunseling bagi mencari penyelesaian kemelut rumah tangga yang dihadapi mereka.

Beliau meminta pihak yang menggembar-gemburkan hal berkenaan agar menghentikan perkara itu.

Menurut Erra, dia tidak pernah berjumpa dengan mana-mana kaunselor untuk meminta nasihat dan menganggap khabar angin terbaru itu sebagai mengarut.

"Macam-macam cerita orang bercakap mengenai perihal rumah tangga saya dan seolah-olah mereka lebih mengetahui apa yang berlaku berbanding diri saya sendiri.

"Jadi langkah yang lebih baik adalah untuk menutup mulut daripada banyak berkata-kata dan membiarkan apa sahaja kata-kata orang kerana saya tidak berdaya untuk menutup mulut mereka," ujarnya kepada mStar Online.

Sebelum ini, media melaporkan rumah tangga yang dibina mereka kononnya goyah apabila timbul pelbagai dakwaan yang mengaitkan pasangan itu.

Dalam pada itu, Erra berkata, kehidupannya suami isteri bukanlah seperti kisah dongeng sebaliknya mereka melalui seperti mana pasangan berkahwin yang lain.

Erra memberitahu, selisih faham antara suami isteri adalah perkara biasa dan ia juga terjadi dalam perkahwinannya.

"Itu adalah perkara biasa dalam kehidupan berkahwin dan tiada apa yang perlu diperbesar-besarkan," ujarnya.

Bagaimanapun kata Erra, dia agak terkilan apabila muncul gosip-gosip keterlaluan mengenai rumah tangganya dan berharap perkara itu dapat dihentikan.

sumber: mynewshub.my 

Farid Kamil beri cincin untuk Diana sempena ulangtahun percintaan yang ke-3


KETIKA majlis prebiu filem Jiwa Taiko yang berlangsung baru-baru ini, mata para wartawan tertumpu pada jari pelakon Diana Danielle, 21, yang tersemat sebentuk cincin di jari manisnya.

Mengakui cincin tersebut adalah pemberian kekasih hati iaitu Farid Kamil, 31, pelakon berkenaan memberitahu ia merupakan hadiah sempena sambutan ulang tahun percintaan mereka yang ketiga.

Berkesempatan bertemu sendiri dengan Farid dalam sebuah majlis kelmarin, pengarah dan pelakon popular itu berkesempatan menceritakan detik-detik manis sewaktu memberikan hadiah tersebut kepada kekasihnya itu.

Kosmo!: Bila Farid menghadiahkan cincin tersebut kepada Diana?

FARID: Seingat saya pada 1 Januari lalu sewaktu kami makan malam berdua di sebuah restoran. Namun, terjadi beberapa perkara menarik sebelum Diana mendapatkan cincin itu daripada saya.

Pada masa itu saya sengaja membuatkan Diana berasa dalam keadaan tertekan dan marah. Misalnya, saya ambil dia di rumah lewat sejam sehingga dia marah kepada saya sehingga tiba di restoran tersebut.

Saya sengaja berbuat begitu kerana ingin memberikan kejutan buat dirinya. Sewaktu dia sedang marah-marah terus saya hulurkan sebentuk cincin kepadanya sehingga dia mengalirkan air mata kegembiraan.

Kenapa pilih cincin sebagai hadiah ulang tahun percintaan yang ketiga?

Sebenarnya saya pernah menghadiahkannya seekor kuda semasa ulang tahun kelahirannya pada tahun lalu. Saya ambil keputusan untuk menghadiahkannya sebentuk cincin kerana ini kali pertama saya memberikan hadiah kepadanya sempena ulang tahun percintaan kami.

Jadi, saya tidak mahu peminat menyangka yang ia merupakan cincin merisik atau bertunang. Buat masa ini kami masih lagi bercinta seperti biasa dan belum merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Sebelum ini Farid seakan-akan enggan mengulas mengenai hubungan cinta dengan Diana. Jadi, kenapa sekarang Farid lebih terbuka untuk bercerita?

Sepanjang tiga tahun bercinta saya lebih suka bercerita mengenai kerjaya berbanding kisah cinta. Namun, apabila ramai yang asyik bertanya tentang hubungan kami, maka saya rasa sudah tiba masanya untuk bercerita kepada pihak umum.

Baru-baru ini Farid turut hadir sewaktu majlis prebiu filem Jiwa Taiko. Adakah timbul perasaan cemburu sewaktu menyaksikan babak-babak romantik antara Diana dan Remy Ishak?

Apabila saya dapat tahu Jiwa Taiko khusus untuk tontonan 18 tahun ke atas, saya sudah dapat agak filem berkenaan memaparkan adegan yang saya anggap boleh menimbulkan kontroversi.

Bagaimanapun, melihatkan lakonan Diana dalam filem itu tidak timbul pula rasa cemburu kerana adegan yang membabitkan dirinya tidaklah keterlaluan. Malah, saya lebih tertarik dengan lakonan Bront Palarae dan Nadiya Nisa yang menampilkan lakonan yang sangat bagus.

Adakah Farid dan Diana pernah dapat tawaran berlakon bersama-sama dalam sebuah filem sepanjang menjalinkan hubungan cinta kalian?

Kami memang ada mendapat beberapa tawaran berlakon yang menggandingkan kami bersama-sama, tetapi kami mengambil keputusan untuk menolaknya. Saya melihat tawaran yang diterima itu lebih kepada mahu mengeksploitasikan hubungan kami untuk meraih keuntungan berbanding kekuatan jalan cerita.

Apakah projek terbaharu Farid sekarang?

Saya baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem Legenda Budak Setan 3 yang menggandingkan saya dengan Maya Karin. Pada pertengahan bulan ini saya akan terbabit pula dengan penggambaran filem aksi berjudul Dampak.

12 Menarik Mengenai Mia Sara, Mia Suka Menyanyi Dalam Tandas?

 Minggu ini dibongkarkan 12 perkara menarik mengenai pelakon cilik, Mia Sara Nasuha yang terkenal dengan lakonan comelnya dalam filem 'Papa, I Love You'. Anak ketiga ini jenis yang lasak dan juga seorang yang simple. Berikut merupakan 12 perkara menarik mengenai Mia Sara untuk tatapan pelayar setia disini.



1. Mia merupakan Penolong Ketua Darjah di sekolahnya. Sebagai pelakon yang dikenali, Mia selalu dikerumun pelajar lain serta guru sekolahnya.

2. Walaupun baru berumur 7 tahun, pelakon ini seorang yang berdikari dan pandai melipat baju sendiri.

3. Mia suka makan di restoran Tony Roma's dan tempat membeli-belah kegemarannya ialah di The Curve.

4. Menurut bapa Mia, sekali keluar, mereka mesti habiskan beratus ringgit untuk Mia sahaja.

5. Benda paling mahal pernah dibeli oleh Mia hasil titik peluh lakonanannya ialah kereta Myvi dan iPhone 4.

6. Mia tidak takut dengan binatang di mana benda paling berani dia pernah lakukan ialah dengan memberi singa laut makan.

7. Pelakon 'Cinta Buat Emelda' ini mempunyai tiga ekor kucing.

8. Mia seorang yang tidak suka diganggu.

9. Tabiat buruk Mia ialah menggigit kuku.

10. Penyanyi serta pelakon idola Mia ialah Dato' Siti Nurhaliza dan Lisa Surihani.

11. Selain berlakon, Mia juga seorang yang suka menyanyi di dalam tandas.

12. Disebabkan risau tentang keselamatan Mia, pihak sekolah membenarkan keluarga Mia menjemput Mia sehingga ke dalam sekolah untuk mengelak perkara tidak diingini seperti penculikan. 

--
Idham

Koperal Dilibas Mat Rempit Kritikal

KLANG : "Saya yakin suspek akan ditahan. Klang bukan besar sangat. Diharapkan dia insaf dan menyerah diri kepada polis," kata Mohd Hafiz, 21, anak sulung Koperal Mustaghni Tabri, 48, yang koma akibat dilibas dengan topi keledar oleh Mat Rempit, kelmarin.

Mustaghni, anggota polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan dilibas dengan topi keledar di belakang kepalanya oleh Mat Rempit ketika operasi mencegah lumba haram di Lorong Bunga Raya berhampiran Kampung Raja Uda, di sini, jam 1.45 pagi kelmarin.

Mohd Hafiz yang ditemui di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, di sini, semalam berkata, doktor memaklumkan ayahnya masih kritikal dan memerlukan bantuan mesin hayat.

"Doktor memberitahu ayah diberi perhatian rapi berikutan kurang tindak balas termasuk jantung, organ perkumuhan dan pengaliran darah.

"Perbuatan suspek sangat kejam. Apapun kami sekeluarga berharap ayah kuat dan sembuh," katanya yang juga juruteknik bunyi di sebuah syarikat di Petaling Jaya.

Dakap Ayah Kali Terakhir

Dakap Ayah Kali Terakhir

KUANTAN : Seorang bapa tidak menyangka pelukan erat anak sulungnya sebelum mereka bersiar-siar di bandar ini menjadi dakapan terakhir apabila kanak-kanak itu terbunuh dalam kemalangan di Jalan Teluk Sisek berdekatan Dewan Jubli Perak, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa, Muhammad Rizwan Idris, 8, murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Galing, di sini, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, sejam selepas kemalangan akibat cedera parah di badan.
Difahamkan, ketika kejadian, mangsa bersama bapanya, Idris Badar, 41, serta seorang adik lelakinya berusia dua tahun dalam perjalanan ke Teluk Chempedak untuk makan angin sempena cuti sekolah.
Bagaimanapun, sebaik tiba di tempat kejadian, Perodua Kancil dipandu Idris bergesel dengan sebuah kenderaan dari arah bertentangan menyebabkan ia hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh dua pokok palma di kiri jalan.

Anak bongsu Idris kini dirawat di HTAA akibat cedera di kepala manakala Idris hanya cedera ringan.

Bayi Ajaib’ Terselamat


KOTA SAMARAHAN : Seorang bayi lelaki berusia enam bulan memeranjatkan orang ramai apabila hanya luka ringan walaupun tercampak keluar dari kereta Perodua Kancil yang terbabit dalam kemalangan jalan raya di satu persimpangan berhampiran Desa Ilmu di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, 'bayi ajaib' itu menangis di atas jalan raya sebelum dibantu orang ramai dan segera dihantar ke klinik kesihatan berhampiran manakala bapanya tidak sedarkan diri akibat kemalangan itu.

Difahamkan, bayi berkenaan dipangku bapanya yang duduk di bahagian penumpang hadapan Perodua Kancil itu, tercampak keluar melalui tingkap yang terbuka ketika kenderaan dinaiki enam penumpang itu berpusing selepas dirempuh sebuah kereta.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Proton Iswara yang dipandu laju, gagal berhenti untuk mengelak kereta yang dinaiki mangsa yang membuat pusingan U dari Kota Samarahan menuju ke Desa Ilmu.

Menurut sumber, perlanggaran kuat itu menyebabkan kereta Kancil berpusing dan bayi berkenaan tercampak keluar.


Oh! Pembunuhan Warga Malaysia Di Sydney Dirancang



     
    Oh! Syok    
   
Oh! Pembunuhan Warga Malaysia Di Sydney Dirancang
June 4, 2012 at 9:00 AM
 

Pembunuhan Warga Malaysia Di Sydney Dirancang

MELBOURNE : Juri Mahkamah Agung di Sydney diberitahu tindakan seorang lelaki Indonesia membunuh kekasih isterinya adalah demi maruah, selepas kisah hubungan sulit itu tersebar dalam kalangan komuniti Malaysia di Sydney.

Hazairin Iskandar mengaku tidak bersalah membunuh Mohd. Shah Saemin yang berasal dari Melaka, di luar fletnya di Leichhardt, Sydney pada 21 Februari 2010, tetapi mengaku bersalah menyebabkan kematiannya, lapor Australian Associated Press (AAP).

Di mahkamah itu pada Isnin, Pendakwa Raya Kara Shead berkata, juri akan mendengar bahawa isteri Hazairin, Nita, mempunyai hubungan sulit dengan Mohd. Shah yang juga rakan sekerjanya di Konsulat Malaysia, ketika kematiannya.

"Hubungan sulit ini menjadi topik perbincangan dalam kalangan komuniti Malaysia di Sydney," kata Shead menambah: "orang memberitahu (Hazairin) dia adalah suami dan harus menghentikannya."

Juri akan mendengar Hazairin dan anak lelakinya Andrew menunggu Mohd. Shah di luar fletnya sebelum melanggar kereta mangsa dengan kereta sewa mereka dan mengejar lelaki itu di sepanjang jalan, kata Shead.

Pendakwaan akan membuktikan Hazairin menikam Mohd. Shah sekurang-kurangnya empat kali pada bahagian atas badan dengan sebilah pisau sementara anaknya membelasah mangsa berulang kali dengan tukul.

"Mangsa cuba melarikan diri, dia lari daripada dua penyerangnya itu," kata Shead dipetik AAP.

"Ketika melarikan diri itu, dia menjerit untuk menyelamatkan diri."

Mohd. Shah mengalami beberapa pukulan objek tumpul di kepala, namun meninggal dunia akibat pendarahan daripada kesan tikaman.

"Pendakwaan akan membuktikan bahawa demi maruah keluarganya dan bersama anak lelakinya, tertuduh merancang untuk membunuh si mati menerusi apa yang mereka anggap sebagai pembunuhan demi menebus maruah," kata Shead.

"Ini merupakan pembunuhan yang dirancang dan dengan niat. Tertuduh merancang untuk membunuh atau sekurang-kurangnya menyebabkan kecederaan parah terhadap si mati."

Juri juga diberitahu Hazairin dibicara berasingan daripada anaknya. Kes didengar di hadapan Hakim David Davies. — BERNAMA

   
   
Oh! Bayi Ditinggalkan Atas Bumbung Kereta
June 4, 2012 at 8:00 AM
 

Bayi Ditinggalkan Atas Bumbung Kereta

Phoenix : Seorang bayi berusia sebulan nyaris maut selepas terjatuh daripada kereta yang dipandu ibunya hanya kerana wanita tersebut terlupa bahawa dia meletakkan bayinya di dalam kerusi bayi di atas bumbung kenderaan terbabit.

Selepas menyedari bayinya tiada dalam kereta, Catalina Clouser, 19, terpaksa memandu semula ke 45th Avenue dan Chollas untuk mencari bayinya itu.

Namun setibanya di kawasan berkenaan, dia berasa lega kerana bayinya telah ditemui orang ramai.

Catalina kemudiannya mengaku perbuatannya dan dia telah ditangkap oleh polis atas dakwaan mendera bayi dan memandu dalam keadaan positif marijuana.

Beberapa jam sebelum itu, teman lelakinya telah ditangkap polis atas dakwaan berkaitan dadah.

Sedih dengan tangkapan itu, Catalina telah memandu ke rumah rakannya bersama bayinya untuk menghisap marijuana di situ.

Dua beranak itu kemudiannya meninggalkan rumah terbabit dan ketika itu bayi tersebut tidur di dalam kerusi bayi, namun Catalina terlupa membawa masuk bayinya ke dalam kereta sebaliknya telah meletakkan bayi itu di atas bumbung kereta sebelum memandu kenderaan itu.

"Kerusi bayi itu rosak teruk dan ketika itu orang ramai menyangkakan bayi berkenaan telah dilanggar kereta namun dia bernasib baik terselamat dan tidak mengalami kecederaan.

"Bayi itu dikejarkan ke hospital namun doktor memaklumkan dia berada dalam keadaan selamat," kata seorang pegawai polis.

Bayi tersebut kini ditempatkan di rumah kebajikan. – MyNewsHub

   
     
 

 
 
 



--
Idham

Saturday 2 June 2012

Zed Zaidi Mula Bersuara Tentang Isu K-Pop Di Malaysia



Berikutan penyebaran belanja RM 2.04 juta untuk artis K-Pop yang datang membuat persembahan di Hari Belia 2012 minggu lepas, kini, suara yang dinanti-nantikan oleh industri seni tampil mengkritik tentang jumlah pembayaran untuk artis dari Korea itu.

Siapa lagi kalau bukan Zed Zaidi? orang yang paling lantang melontarkan pendapat walau dikecam hebat, tetapi beliau sahajalah berani untuk membela nasib artis di Malaysia. Apa yang desiarkan oleh beliau, melalui laman Twitter nya, mendapat tentangan dari peminat K-Pop sendiri.

Dengan berani, Zed Zaidi juga menyatakan bahawa ada ‘Pihak Tidak Bertanggungjawab’ dalam membawa kemasukan artis luar terutamanya K-Pop. Wahh, inilah pengerusi SENIMAN yang ditunggu-tunggu! Berani sungguh ya? Beliau komited melontarkan pendapat sebagai orang yang mempunyai autoriti untuk bersuara.

Namun, di sebalik kelantangan Zed Zaidi, kita harus faham, jika tiada demand dan permintaan yang besar untuk artis itu ke Malaysia, pastinya jumlah bayaran yang dikenakan tidak mencecah ke angka jutaan ringgit untuk seciput artis K-Pop. Jadi, sebagai tulang belakang yang menjaga kebajikan artis Malaysia, moleklah kiranya Zed Zaidi sendiri mencari jalan agar artis kita lebih dikenali, supaya menjadi permintaa industri seterusnya menaikkan ‘market’ mereka pada masa akan datang.

Monday 28 May 2012

Fathia Latiff Mengenakan Harga Tinggi Untuk Berlakon Serta Berlagak Diva?





Tidak dinafikan bahawa kebelakangan ini, nama Fathia Latiff ini seolah menjadi sebutan ramai penonton setia drama-drama tempatan, selain lakonannya dalam Mahabbah, ada juga desas- desus yang mengatakan Fathia kini mengenakan harga yang tinggi untuk berlakon serta berlagak diva, benarkah?

Pelajar jurusan Sarjana Muda Undang-Undang di UiTM ini mempunyai sikap seakan diva dan seringkali menimbulkan masalah di set pengambaran ketika cerita tentang beliau membaling telefon bimbit ke arah Along Kamaludin ketika pengambaran drama Stanza Cinta, tahun lepas.

Namun kini, nama Fathia Latiff sudah semakin stabil selain memiliki wajah yang boleh pergi lebih jauh dalam industri seni. Menurut Fathia, beliau bukanlah seseorang seperti yang didakwa oleh orang lain, beliau hanyalah bertegas dalam menetapkan haknya dalam bidang lakonan.

Fathia juga tidak mahu ditindas oleh mana-mana produksi tentang pembayaran  lakonan kepada artis, jadi kerana itulah Fathia perlu tegas dalam menetapkan harga bayaran di atas setiap lakonan yang dibawa olehnya.

Wardina Trauma Terima Panggilan Lucah Dari Lelaki





 Wardina masih trauma dan terkilan selepas menerima panggilan berunsur lucah dari seorang lelaki tempatan dan beragama Islam yang tidak dikenalinya.

Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot menerima panggilan lucah tersebut pagi semalam mendakwa akan mencari siapa pemanggil dan ingin tahu anak siapa yang sanggup mengaibkan dirinya melalui panggilan lucah melalui telefon itu.

Macam-macam risiko menjadi artis nie. Minggu lepas lelaki skodeng Liyana Jasmay berjaya ditangkap selepas beberapa hari dipercayai mengintip Liyana Jasmay di luar rumah Liyana Jasmay.

Mengenai panggilang lucah yang diterima Wardina, beliau sendiri pun hairan bagaimana lelaki tersebut memperolehi no telefon bimbitnya dan memberitahu beliau menerima dua panggilan daripada nombor yang sama ketika berada di rumahnya di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.